Kerjaya Mas Muharni

Mas Muharni memulakan kerjaya lakonan dengan bergiat aktif dalam teater dan berpengalaman menjayakan pelbagai pementasan teater. Beliau mula dikenali umum menerusi filem Wayang (2008) arahan Hatta Azad Khan, lakonan bersama Eman Manan dan Zul Huzaimy yang mana beliau memegang watak sebagai Melor.[4][5] Menerusi filem ini, beliau dicalonkan bagi kategori Pelakon Wanita Harapan di Festival Filem Malaysia ke-21, namun beliau tewas kepada Lisa Surihani.[6] Beliau juga dicalonkan bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik (Filem) di Anugerah Skrin 2009 menerusi filem sama, namun dimenangi oleh Liyana Jasmay.

Selepas muncul dalam Wayang, Mas menandatangani kontrak dengan Metrowealth Pictures dan membintangi drama pertamanya, Jangan Pandang Belakang The Series yang berdasarkan dari filem 2007 bertajuk sama, diikuti oleh drama Embun Mutiara (2009) yang mana beliau melakonkan watak utama bersama Eira Syazira. Beliau memegang watak sebagai Mutiara, adik kepada Embun lakonan Eira. Pada tahun 2009 juga, beliau berlakon dalam filem seram komedi, Jangan Pandang Belakang Congkak sebagai Wawa.[7] Mas membintangi telefilem pertamanya, Naik Hantu lakonan bersama Intan Ladyana dan Scha Al-Yahya. Ia mengisahkan tiga wanita berlainan latar belakang, yang mempunyai sikap suka marah-marah.

Beliau seterusnya muncul dalam filem Mantra (2010) sebagai Mariam. Bagaimanapun, Mas meninggalkan Metrowealth selepas hanya setahun kerana ingin berdikari.[8] Filem terakhir beliau bersama Metrowealth ialah Senario The Movie Ops Pocot (2011).[9] Pada tahun 2011 juga, beliau berlakon dalam drama Kelong Kasih yang bersiaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang mana beliau memegang watak Lara Suriani. Turut berlakon ialah Rahhim Omar, Rosnah Johari, Rashidah Jaafar, Mubarak Majid, Shasha Al-Khred dan Bil Azali.[10]

Dalam tahun yang sama, beliau membintangi telefilem RTM, Sujud di Sejadah sebagai pelacur kelas atasan, serta drama Siti Maryam di TV AlHijrah.[11][12] Pada tahun 2015, beliau berlakon bersama Zara Zya, Aeril Zafrel dan Nazrief Nazri dalam drama HidayahMu Ramadan yang disiarkan di TV3. Beliau memegang watak sebagai Milah.

Rujukan

WikiPedia: Mas Muharni http://www.imdb.com/name/nm3602752/ https://www.budiey.com/drama-kelong-kasih-lakonan-... https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/8/2014/12... https://api.hmetro.com.my/mutakhir/2014/12/17869/a... https://www.klik.com.my/item/story/4427902/kecut-p... https://www.klik.com.my/item/story/4613645/mas-muh... https://www.klik.com.my/item/story/4737894/tuah-ba... https://www.klik.com.my/item/story/4816435/mas-san... https://www.klik.com.my/item/story/4835234/cerita-... https://www.klik.com.my/item/story/4881849/mas-muh...